Nampak gayanya, kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana, 37, dan Syamsul Yusof, 38, masih belum menemui titik noktah penyelesaian.
Mana tidaknya, aktres itu mendesak suaminya untuk mengaku perkara sebenar selepas mengeluarkan kenyataan mahu memfailkan sam4n terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana menabur fitn4h.
View this post on Instagram
Sam4n buat apa? Mengaku sajalah..
Menerusi hantaran dibuat di laman Insta Story miliknya, Puteri Sarah mempersoalkan tindakan saman suaminya terhadap pihak Jawi.
Sebaliknya, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menuntut agar Syamsul mengaku gosip dirinya yang sudah berkahwin dengan anak kepada pelakon veteran, Kazar iaitu Ira Kazar.
“Benda baik tu baik umumkan sebelum menimbulkan fitn4h dan prasangka burvk terhadap keluarga anda sendiri,”tulisnya.
Terdahulu, Syamsul memberitahu dia mahu memfailkan saman terhadap Jawi yang didakwanya mengeluarkan kenyataan fitn4h bahawa dia sudah berkahwin lagi.
Malah, dipercayai dokumen itu mempunyai kaitan dengan kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah membabitkan orang ketiga iaitu Ira Kazar.
Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.
Sumber: Instagram @syamsulyusoffilm, @puterisarahliyana
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.