Anak buat tarian ‘Wednesday’, Wawa Zainal ditegur – “Tolong la faham lirik dia”

Tindakan pelakon dan usahawan, Wawa Zainal berkongsi video anak perempuannya Hayla Maghfiratul Adzkiyaa membuat tarian Wednesday yang menjadi ikutan ramai dalam TikTok mengundang teguran netizen.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, video tersebut memaparkan anaknya yang berusia enam tahun itu melakukan transformasi solekan menggunakan produk kosmetik jenamanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Berdasarkan kapsyen, pelakon berusia 31 tahun itu bertanya kepada pengikut sekiranya Hayla layak untuk menjadi model produk yang diusahakan iaitu Wawa Cosmetics.

Happy Wednesday uall.. anak dara @haylaadzkiya pandai dah sekarang. Approve tak jadi model @wawacosmeticshq?,” soal Wawa semalam.

Selepas selesai menata rias, anaknya dilihat menari mengikut rentak lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga itu yang menjadi fenomena selepas tarian berkenaan tular tdalam sebuah siri berjudul Wednesday.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menegur tindakan Wawa menyifatkan seolah-olah tidak peka mengenai lirik lagu itu dipercayai berkaitan kepercayaan serta agama lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Malah, terdapat juga segelintir individu meluahkan kebimbangan jika tarian lagu berkenaan ditiru oleh golongan kanak-kanak lain yang tidak mengetahui maksud di sebalik lirik.

Kenapa ramai guna lagu ni? Tolong faham liriknya

Jangan guna lagu tu, nanti anak-anak terikut

Terdahulu, penyanyi Lan Solo turut mendapat teguran orang ramai apabila berkongsi video memaparkan anak perempuannya melakukan cabaran tarian yang sama di Instagram.

Sumber: Instagram Wawa Zainal

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *