Keadaan banjir di Pantai Timur semakin tervk sehingga puluhan ribu m4ngsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di setiap negeri masing-masing terlibat.
Susulan keadaan kian tervk, ramai dilihat berpusu-pusu menyelamatkan diri setelah rumah yang didiami dinaiki air. Malah, ada juga kediaman dua tingkat mereka hampir ditenggalami air bah sehingga terpaksa mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan selamat.
Selamatkan diri, ibu ber4nikan diri jalan atas bumbung sambil dukung anak
Namun, apa yang menyentuh perhatian ramai apabila seorang wanita dipercayai ‘ibu’ member4nikan diri berjalan atas bumbung rumah sambil mendukung anaknya bagi menyelamatkan diri setelah rumah dua tingkatnya hampir tenggelam.
Menerusi video dimuat naik pengguna dikenali Suhaimi M Salleh, seorang wanita yang berkaki ayam pada ketika itu dilihat mendukung anaknya sebelum menuju ke arah bot bagi menyelamatkan diri.
Meskipun wanita berkenaan dilihat takut namun dia terpaksa member4nikan diri demi diri sendiri dan nyawa anaknya.
Menurut Suhaimi, kawasan tersebut pada kali ini dilanda musibah b4njir yang amat teruk sehingga mengakibatkan rumah dua tingkat hampir 80 peratus tenggelam.
“Banjir luar jangka terbvruk. Rumah 2 tingkat pun hampir tenggelam 80 peratus. Semua duduk atas bumbung untuk selamatkan diri. Kami pasukan penyelamat dah cuba sedaya upaya membantu,”ujarnya.
Dalam pada itu, Suhaimi berharap agar semua mangsa terlibat sentiasa tabah dalam menghadapi ujian.
Sedihnya tengok, semoga dipermudahkan urusan
Rata-rata warganet turut bersimpati dan sedih apabila mengenangkan nasib yang menimpa keluarga berkenaan termasuklah semua mangsa banjir pada tahun ini.
Apa-apa pun, didoakan semoga semua m4ngsa terlibat dan penduduk di kawasan berisiko tinggi sentiasa berwaspada berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga sudah mengeluarkan ramalan barunya bahawa luruan monsun dijangka berlaku di rantau negara sehingga Ahad ini.
Sumber: TikTok @suhaimi9913
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.