Nak pinjam jetski, Abang Viva rela gadai telefon demi nak bantu m4ngsa b4njir

Keadaan b4njir besar yang melumpuhkan beberapa kawasan di Terengganu sememangnya agak menggervnkan apabila paras air semakin naik.

Justeru itu, Abang Viva atau nama sebenarnya, Azwan Omar telahpun beberapa hari berkampung di lokasi-lokasi kr1tikal bersama isteri dan teamnya untuk membantu membawa keluar m4ngsa ke tempat yang selamat.

Ada kawasan tak dapat masuk sebab arus deras sangat

Walau bagaimanapun, menerusi siaran langsung yang dibuat di media sosial, pemuda berusia 30 tahun itu memaklumkan yang ada kawasan tidak dapat mereka masuk disebabkan arus terlalu kuat.

@mamanianadeera @abangvivaofficial #banjir #terengganu #semogaAllahpermudahkan #doakanpantaitimur #ujian ♬ original sound – Ezzylla Diraf

Nak guna jetski

Ujarnya dalam video yang dikongsikan semula oleh @mamanianadeera, dia mengakui kenderaan termasuk bot miliknya tidak dapat memasuki sesetengah kawasan dan ada yang mencadangkan agar menggunakan jetski bagi membawa m4ngsa keluar ke tempat selamat.

Abang Viva meminta sesiapa yang mempunya jetski untuk memberinya pinjam buat sementara bagi memudahkan misi menyelamat dijalankan.

Dia juga dengan rela menggadaikan telefon bimbitnya kepada individu yang sudi memberinya pinjam jetski buat sementara waktu.

Isteri kongsi keadaan sebenar

Menjengah ke ruangan Facebook isteri kepada Azwan iaitu Evanova, dia sempat berkongsi beberapa momen dan pengalaman sewaktu mengikut suaminya menjalani misi membantu m4ngsa b4njir di Terengganu.

Beberapa video menunjukkan situasi banjir di Pantai Timur telah membuatnya berasa seb4k lebih-lebih lagi apabila tidak dapat membantu m4ngsa yang masih terperangkap di kawasan yang berarus deras.

Setakat hari ini, banjir di Terengganu dilihat antara yang buruk apabila kawasan Besut dan Jerteh disahkan lumpuh apabila air b4njir menutupi jalan-jalan utama sehingga memutuskan hubungan dengan kawasan lain.

mangsa bencana banjir di Pantai Timur juga semakin meningkat dan pusat pemindahan telah mula beroperasi dengan lebih banyak.

Sumber: TikTok @mamanianadeera, Facebook Evanova d sini

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Pukul 2 pagi masih tunggu pelanggan.. Ramai seb4k dapat tahu warga emas berpanas dalam maskot kucing

DI sebalik maskot yang kelihatan ceria, tersembunyi seribu satu kisah yang mungkin tidak diketahui sesiapa. Meskipun …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *