Kehil4ngan ibu bapa sewaktu usia masih begitu kecil sememangnya satu cabarang besar di masa hadapan buatnya. Selain daripada itu, tanggungjawab ahli keluarga untuk menjelaskan hal sebenar kepada si kecil juga merupakan satu cab4ran dan dug4an yang harus ditempuh.
Hal ini dilalui oleh seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dikenali sebagai Aulia Izzatunnisa Mohd Izwan dari Felda Lok Heng Selatan apabila masih belum mengetahui bahawa ibu dan bapanya sudah sebulan meninggal dunia akibat kem4langan.
Suami isteri meningg4l dunia
Menerusi laporan dari Kosmo! allahy4rham Saidatul Khadijah Mohd. Shahridin dan Muhammad Izwan Mansor telah meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing bulan lalu.
Pasangan berkenaan meningg4l dunia selepas kenderaan mereka bertembung sewaktu dalam perjalanan pulang dari membuang undi sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Anak masih anggap ibu bapa keluar bekerja
Menurut nenek mangsa, Absah Abdullah, 61, cucunya masih menganggap ketiada ibu bapa mereka disebabkan keluar bekerja memandangkan arwah menantunya, Muhammad Izwan Mansor mengikuti pengajian jarak jauh di peringkat ijazah sarjana dan hanya dapat bersama ketika cuti panjang.
“Kami cuba jelaskan kepadanya tetapi dia masih budak lagi dan mungkin tidak mengerti apa yang terjadi kepada ibu bapanya.
“Dia hanya sebut ibu dan ayah work sedangkan kedua mereka telah menghadap Ilahi. Kami juga dapat lihat kesayuan di sebalik wajahnya bila melihat sepupunya yang lain bermanja dengan ibu bapa masing-masing,” katanya.
Anak hanya retak kaki
Terdahulu, pasangan suami isteri serta anaknya dipercayai menaiki ereta Perodua Alza sebelum bertembung dengan trak pikap jenis Toyota Hilux. Namun, Aulia hanya mengalami cedera ringan walaupun turut berada di dalam kenderaan tersebut.
Difahamkan, kanak-kanak itu mengalami kec3deraan kaki retak dan hanya disimen sahaja. Dia juga kini dalam proses penyembuhan dan sudah sihat seperti biasa.
Allah lindungi Aulia kerana ketika kejadian dia berada di pangkuan ibunya. Dia dirawat selama tiga hari di hospital sebelum dibenarkan balik.
“Awalnya memang dia tidak boleh berjalan sendiri kerana kakinya yang bersimen dan perlu dibantu. Doktor sarankan begitu agar membantu proses penyembuhannya,” ujar neneknya.
Sumber: Kosmo! (Masturah Suradi)
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.