Baru saja minggu pertama Famili Duo bersiaran, pengacara program tersebut iaitu Janna Nick dikec4m tervk apabila ada yang tidak berpuas hati dengan caranya mengendalikan program berkenaan.
Dikec4m b1ngit serta dilabel suka menyampuk, Janna berkata dia hanya melunaskan tugas sebagai pengacara untuk memastikan program berjalan mengikut masa ditetapkan.
Memetik Kosmo, Janna berkata lagi tindakannya mencelah komen juri adalah mengikut permintaan pihak penerbit. Ujarnya, dia tidak ambil kisah dengan apa yang diperkatakan netizen kerana dia hanya menjalankan tugas sahaja.
“Mungkin orang persoal mengapa saya lebih-lebih sangat dengan juri, buat juri macam kawan-kawan, kenapa kena bersuara bagi pihak peserta? Hakikatnya, itu semua permintaan penerbit.
“Saya selalu dapat watak j4hat dan kali ini saya ambil per4nan tersebut, terpaksa pot0ng komen serta menyampuk komen juri. Biarlah orang nak cakap apa pun, saya hanya jalankan tugas pengacara bagi memastikan program ini berlangsung selama dua jam,” katanya.
Dalam pada itu, Janna menafikan dakwaan kononnya dia try hard dan cuba meniru gaya pengacaraan Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom.
“Saya tak try hard (terlalu mencuba) sebab ini adalah permintaan penerbit apatah lagi hendak menjadi seperti Kak Lina Pom Pom, tidak pernah. Saya tak buat kajian pun cara Kak Lina mengacara. Jika betul-betul nak jadi dia, saya memang akan tiru apa yang Kak Lina buat,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan netizen yang mengec4mnya bingit, Janna menjelaskan berlaku masalah teknikal sehingga dia perlu bercakap dengan kuat.
“Itu memang diakui kesilapan sendiri. Pada awal acara, mikrofon saya mengalami masalah sehingga tidak dapat mendengar suara sendiri. Ketika itu saya anggap orang tak dengar, dan bercakap dengan lebih kuat.
“Bila dah tukar mikrofon, baru semuanya kembali normal. Apabila saya melihat komen orang lain, baru saya sedar lontaran suara kuat sebelum memperlahankannya semula,” katanya.
Sumber : Kosmo