Black Terkejvt Peminat ‘Boyish’ Rupanya Perempuan, Minta Maaf Sebab Terpelvk

Baru-baru ini, stesen radio iaitu Era FM berkujung ke Ipoh, Perak bagi menjayakan ‘Era Syok Vaganza’. Pada waktu malam, acara turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis.

Apa yang menjadi perhatian ramai apabila penyanyi Black Hanifah menjemput seorang peminatnya naik ke atas pentas untuk membuat persembahan.

Menerusi video dikongsikan di Instagram Era FM, Black sedang beramah mesra bersama peminat kemudian penyanyi berusia 34 tahun itu memilih seorang peminat bertuah untuk menyanyi bersama di atas pentas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Bagaimanapun, ketika berada di atas pentas Black terkejvt apabila mengetahui jantina peminatnya itu sebaik sahaja individu itu memberitahu namanya.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian video di TikTok, Black mengatakan pada awalnya dia menyangkakan peminat tersebut adalah lelaki berdasarkan daripada penampilannya.

@hanifahblack Ingat lelaki sekali perempuan..maaf kan abg dik.. ? @ERA #nyawablack #blackpirlo #nivalel #nimemangviral #hitampunsedap #fyp #sofeajane #temanpengganti #ipoh ♬ original sound – Hanifah Black

Namun, dia terkejut apabila peminatnya itu memperkenalkan namanya Afrina dan merupakan seorang perempuan. Menerusi video itu, Black turut memohon maaf kerana terpeluk peminatnya itu kerana sangkakan seorang lelaki.

Perkongsian Black itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tidak menyangka individu itu adalah perempuan serta mengatakan wajahnya mirip penyanyi Naim Daniel.

Sumber : Rotikaya

 

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *