“Berjerawat pun cantik!”- Wajah Sweet Qismina sebelum mekap dipuji peminat

Nama pelakon Sweet Qismina tidak perlu diperkenalkan lagi kerana umum mengetahui dia seorang selebriti yang bergiat aktif dalam industri hiburan sejak kecil lagi.

Antara drama bersiri yang dilakonkan oleh pelakon berusia 25 tahun ini ialah Hikayat Putera Shazlan sebagai Fasha iaitu kakak kepada Shazlan (lakonan Fimie Don) dan Adam Chempaka serta Bidadari Salju yang menjadi keg1laan ramai.

Bukan sahaja berbakat besar dalam dunia lakonan, ramai juga memuji sikapnya bersahaja selain sentiasa nampak cantik walaupun tidak mengenakan solekan tebal seperti kebanyakan selebriti lain.

Tidak cukup dengan dunia lakonan, isteri kepada pelakon, Adam Lee ini turut member4nikan diri mencuba bidang nyanyian yang sudah menjadi impiannya dari dulu dengan mempertaruhkan lagu berjudul Namo sebagai single pertama.

Sweet Qismina tanpa solekan

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan wajah sebenar Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi tanpa secalit solekan sebelum ditatarias oleh jurusolek profesional.

Difahamkan, anak kelahiran Muar, Johor itu sedang bersiap bagi sebuah program realiti nyanyian kanak-kanak iaitu Bintang Kecil 2022 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi peringkat separuh akhir.

@paulinapaulinane

BTS for separuh akhir Bintang Kecil 2022 RTM. Hair by yours truly

♬ Namo – Sweet Qismina

Muka berjerawat pun nampak cantik

Hantaran itu mendapat perhatian warganet di mana ada peminat mengatakan wajah Sweet tetap nampak cantik meskipun ‘togel’ tanpa secalit solekan sehingga menampakkan jerawat.

Macam muka suami pun ada…

Selain itu, mereka juga menyamakan wajah Sweet tanpa solekan dengan suaminya, Adam Lee.

Kuasa mekap

Dalam pada itu, ada juga netizen seakan memandang rendah dengan wajah sebenar Sweet tanpa solekan.

Hmm, tidak kisahlah sama ada cantik atau tidak, paling penting adalah sentiasa bangga dengan nikmat yang diberikan oleh-Nya. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing mengenai kecantikan memandangkan ia bersifat subjektif.

Sumber: TikTok @paulinapaulinane

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Bukan lagi k4ki melent1ng & k4ki g4duh”- Sharnaaz Ahmad samakan diri seperti ay4m

Baru-baru ini, nama pelakon Sharnaaz Ahmad terp4lit dengan k0ntroversi melibatkan k0nflik penggugvran nama aktor Datuk Aaron …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *