Bantu guna modal sendiri, Abang Viva jawab isu dah tak nampak di lokasi b4njir

Banjir di Pantai Timur sudahpun bermula. Beberapa kawasan telah dinaiki air dan arus agak deras memasuki kawasan kediaman sesetengah penduduk.

Paling terasa sudah tentu di Terengganu apabila terdapat m4ngsa kem4tian direkodkan disebabkan benc4na b4njir ini.

Semua tempat seru Abang Viva

Jadi, khidmat Abang Viva yang biasa dilihat sewaktu b4njir-b4njir besar melanda Malaysia mulai ditagih oleh sesetengah pihak yang buntu untuk mencari pertolongan.

@4wilayahnara di mana kamu abang viva.?#tahunbaru2023 #fypage #fypシ #banjir2022 #xyzbca #abangviva #malaysia #fyp #fypシ゚viral #fypシ゚viral ♬ bunyi asal – Madara

Buat kerja sukarelawan

Walau bagaimanapun, menerusi siaran langsung di media sosial, Abang Viva atau Azwan Omar telah menjawab tohm4han netizen yang menuduhnya sudah sudah tidak kelihatan di kawasan b4njir sejak terkenal.

Menurut pemuda berusia 30 tahun itu, dia cumalah seorang sukarelawan dan bukanlah berkhidmat dalam mana-mana jabatan. Dia turut mendedahkan bahawa modal untuk ke sesuatu kawasan itu mencecah ribuan ringgit dan dia menanggungnya secara peribadi.

@chaiyoe9 Luahan hati abang viva,dah takde modal katanya nk tolong selamatkan mangsa banjir,pakai duit sendiri je,.rehat la abang viva,setiap daerah dah ada agensi keselamatan,kalau nk tolong pum tolong kawasan berdekatan,tak perlu modal yg besar,.#luahanhati #abgvivaviral ♬ bunyi asal – Chai

Penat kot orang asyik ‘petik’ nama dia

Perkongsian yang dibuat akaun @chaiyoe9 itu telah menghadirkan pelbagai komen dari netizen yang memahami apa yang ditanggung oleh Abang Viva.

Mereka juga menjelaskan yang pemuda itu bersama teamnya telah menjalankan misi bantuan di Terengganu ketika ini namun tidak begitu menguar-uarkan kepada orang ramai.

Tak payah jelaskan apa2, ada rezeki sampai

Minyak enjin bot semua bermodal

Memang susah bila dah macam ni

Janji buat dengan ikhlas

Dia cakap macam tu sebab ada yang perli2

Ada je buat kerja

Menjengah ke Facebook pemuda kelahiran Melaka itu, dapat dilihat gerak kerjanya bersama pertubuhan yang dibangunkan apabila berada di Terengganu menjalankan misi banjir.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sumbangan dan turut memohon maaf andai ada lokasi banjir yang tidak dapat dibantu kerana kekangan waktu serta perjalanan memadangkan beberapa jalan sudah ditutup.

Sumber: TikTok @4wilayahnara, @chaiyoe9, Facebook Azwan Omar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Memang Patut Bapak You M4ti” – Isteri Dedah Anak Zainal Abidin Ditanggung Bapanya, Jadi Biawak Hidup Sepanjang Kahwin

Isteri kepada pemain bola sepak Zaiza Zainal Abidin, Suzur Sofia mendedahkan bahawa anak kepada bekas jurulatih bola …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *