Usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida mendedahkan dia pernah berhasrat untuk melakukan pembed4han bariatrik atau pot0ng usus enam tahun lalu serta sudah pun membayar wang pendahuluan sebanyak RM33,000.
Memetik mStar Online, Vida yang mengakui terpengaruh dengan kawan-kawannya bagaimanapun membatalkan niatnya itu pada saat akhir kerana t4kut untuk meneruskan prosedur berkenaan.
“Ketika itu saya terlibat sebagai penaja program Gegar Vaganza, rasa nak kurus nak cantik sampai sanggup melakukan pembed4han pot0ng usus. Saya sudah bayar wang pendahuluan untuk prosedur tersebut.
“Syukur Allah masih sayang. Saya jadi t4kut di saat-saat akhir dan batalkan niat tersebut. Ada seorang doktor juga maklumkan saya tidak perlu lakukan pembed4han sebegitu.
“Sebelum ini terpengaruh dengan kawan-kawan yang melakukan pembed4han tersebut membuatkan saya mahu mencuba,” katanya.
Menurut Vida lagi, dia memilih mengamalkan produk keluaran syarikatnya bagi menurunkan berat badan serta enggan mengambil jalan mudah untuk kurus. Vida turut menyelar pengusaha produk pelangsingan sebaliknya menggunakan kaedah pembed4han kerana ia seolah meng4niaya pelanggan.
“Kalau mereka yang betul-betul ada masalah kesihatan disebabkan berat badan dan mendapat nasihat doktor untuk pembed4han baritrik teruskanlah. “Cuma bagi saya mungkin tidak sebab melihat betapa sukarnya rakan-rakan yang tanggung s4kit selepas pembed4han. Ada mereka yang terpaksa kerap ke hospital untuk rawatan susulan.
“Saya hanya amalkan produk sendiri. Tak perlu nak bed4h. Kepada rakan-rakan usahawan, janganlah ambil kesempatan t1pu pengguna. Kalau mereka kurus sebab buat pembed4han itu sudah dikira aniaya pengguna,” katanya.
Sumber : rotikaya