Perkongsian pelawak terkenal, Achey Bocey berkenaan keputusan rawatan proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) yang dijalankan oleh isterinya telah menyentuh hati ramai pihak termasuklah rakan artis.
IVF isteri negatif
Difahamkan, rawatan terbabit masih belum berjaya dan Achey sempat berkongsi momen menenangkan keadaan isterinya yang men4ngis kerana masih sed1h dengan keputusan tersebut.
View this post on Instagram
Maaf belum bagi rezeki zuriat
Selepas perkongsian berkenaan, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya agar bangkit dan terus berusaha.
Disebabkan ramai yang prihatin dengan keadaannya, Anne sempat memuat naik satu hantaran di Instagram dengan mengucapkan terima kasih kepada semuanya dan semua yang terus mendoakan agar dia dan Achey menimang cahaya mata sendiri.
View this post on Instagram
“Terima kasih by, selama ni menjadi tulang belakang saya…banyak bagi kekuatan pada saya, jaga saya, jaga anak….bahagikan masa awak, kerja dan kami terima kasih banyak2…Jaga saya time s4kit…Saya hargai sangat2…..Maaf kan saya belum ada rezeki utk saya bagi awak zuriat….InsyaAllah saya akan usaha sehingga hujung nyawa saya…saya sayang awak,” tulisnya seb4k.
Belum boleh jadikan Tiara kakak
Dalam pada itu, Anne turut berkongsi momen dia dipeluk anak tersayang, Tiara Zinnirah yang turut menangis melihat ibunya dalam keadaan sedih kerana rawatan IVF yang dijalankan belum berhasil.
Isteri kepada pelawak itu juga meminta anaknya, Tiara untuk bersabar kerana belum boleh menjadikannya kakak kerana tidak berjaya untuk hamil lagi.
View this post on Instagram
Terus kuat, teruskan berdoa
Perkongsian tersebut nyata membuatkan banyak pihak sebak kerana sedar perjuangan seorang wanita yang sudah berkahwin ingin merasai pengalaman hamil.
Mereka juga terus-terusan mendoakan agar Anne dan Achey diberi zuriat sendiri dan kekal kuat berjuang supaya tidak patah semangat.
Mungkin ada rezeki lain yang Allah dah janjikan
Setiap ujian pasti Allah sertakan dengan hikmah
Jangan putus asa sis
Allah sentiasa bersama orang yang sabar
Untuk rekod, Achey dan isteri telah berkahwin sebelum pelawak itu terjun ke dunia hiburan lagi. Selepas lama berumah tangga dan belum memperolehi zuriat sendiri, mereka telah diberi rezeki oleh Allah S.W.T dengan mengambil seorang anak angkat perempuan yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram Anne_achey
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.