Penampilan artis lelaki Indonesia, Afgan yang membuat konsert di Kuala Lumpur malam tadi sememangnya telah membuatkan peminat setia pelantun lagu Terima Kasih Cinta terbuai dengan mimpi.
Kejutan buat peminat wanita yang berulang tahun
Mana tidaknya, Konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Plenary KLCC telah menghadirkan kejutan buat seorang peminat wanita yang kebetulan berulang tahun.
View this post on Instagram
Pelvk peminat wanita
Menerusi video yang dikongsikan BOOM! dapat dilihat Afgan menghampiri peminat wanita terbabit sambil menyanyikan lagu Happy Birthday kepadanya.
View this post on Instagram
Tak sesuai dengan budaya kita
Namun, apa yang membuatkan netizen di ruangan komen portal hiburan tersebut kurang senang adalah tindakan penyanyi itu yang memelvk erat peminat bertudung lebih-lebih lagi aksi berkenaan mendapat sorakan dari satu dewan yang sepertinya cembvru melihat momen ‘sweet’ tersebut.
Kebanyakan mereka meluahkan tidak selesa dengan perkara terbabit kerana merasakan budaya tersebut tidak sesuai diaplikasikan di Malaysia.
Seronok buat benda h4ram depan umum?
Boleh tolak secara baik kot
Konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur yang berlansung pada 17 Disember 2022 di Dewan Plenary KLCC telah menyaksikan penyanyi berbakat itu menyampaikan 20 buah lagu hits miliknya termasuklah Terima Kasih Cinta, Jodoh Pasti Bertemu dan Bukan Cinta Biasa.
Kehadiran penyanyi lagenda, Datuk Sheila Majid yang memberi sokongan kepada Afgan juga mencuri perhatian ramai dan sempat sama-sama mendendangkan lagu popularnya, Ku Mohon.
@501awani Datuk Sheila Majid turut hadir ke Konsert Afgan Evolution Kuala Lumpur. Siap belanja satu lagu lagi ? #sembangentertainment #TiktokMalaysia ♬ original sound – ??Astro AWANI??
Sumber: BOOM! Malaysia (Mimi Hadid), TikTok Astro Awani
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.