Nama Ustazah Siti Afifah rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. pelbagai kenyataan yang dilihat agak kontroversi telah mencuri perhatian warganet di media sosial sehingga beberapa agamawan seperti Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan hal sebenar.
Dia dan suami turut pernah ditegur oleh sebilangan pendakwah agar tidak mengeluarkan kenyataan agak mengelirukan kerana boleh mengakibatkan umat Islam menerima maklumat yang kurang tepat.
Petik nama ulama?
Walau bagaimanapun, menerusi siaran langsung yang dibuat oleh Ustazah Afifah dan suami di media sosial baru-baru ini, dia telah menyelar beberapa pihak dengan mengatakan sudah lama bersabar dengan segala fitnah dan tohm4han yang mereka terima.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah tindakan suami kepada Ustazah Afifah yang dikatakan seperti memetik nama beberapa pendakwah bebas apabila memberitahu akan menfailkan s4man berhubung fitn4h.
@myramalik26 Sapa fitnah dia ? mampuihh dahh marah dahh dia?? #ustazahviral #trending ♬ original sound – Myramalik
Am4ran buat penfitn4h
Dalam video tersebut, penceramah itu mengatakan akan membawa isu ini ke m4hkamah dan akan menfailkan s4man kepada beberapa individu yang dikatakan menfitn4h mereka.
Ujar mereka, hal saman meny4man ini sedikit pun tidak mereka hairankan tetapi lebih kepada jen4yah menfitn4h yang telah dilakukan oleh beberapa pihak terhadap mereka.
Selar kenyataan Dato’ Dr Danial juga?
Pasangan suami isteri itu juga menyelar pendakwah terkenal, Dato’ Dr Danial yang dikatakan tidak tabbayun sehingga memperl3kehkan orang lain sewaktu mengulas isu video kontroversi berkenaan ‘makan ubat tahan s4kit masuk ner4ka?‘
Sesama Islam pun nak berg4duh
Perkongsian semula video yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai myramalik itu telah menuai pelbagai maklum balas daripada netizen.
Kebanyakan mereka berasa pelik dengan pasangan penceramah ini kerana apa yang dikatakan sebelum ini adalah keluar dari mulut mereka sendiri.
Banyak betul kata ‘ye’
Ustazah nasihatkan ustaz juga ye
Untuk rekod, beberapa video kontroversi kenyataan Ustazah Siti Afifah telah viral di media sosial apabila mengatakan suami yang membiarkan isteri melahirkan anak dengan dibantu doktor lelaki adalah dayus.
Tak hanya itu, kenyataannya tentang makan ubat tahan s4kit boleh membawa kepada masuk ner4ka juga kurang disetujui oleh banyak pihak terutamanya agamawan yang meminta penceramah itu berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam.
Sumber: Facebook sunnah tidak berbohong 2, TikTok myramalik26, YouTube Siti Afifah
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.