Lepas lamborghini harga sejuta, Watie mahu lupakan kenangan & bangkit demi bahagia. Setiap orang berhak menentukan cara bahagia. Bahagia kita dan orang berbeza-beza caranya.
Kisah perceraian pakar pelaburan s4ham dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan dan Hasmawatie mendapat perhatian ramai apabila rumahtangga yang dibina lebih dari 20 tahun terlerai.
Ia mula mendapat perhatian kerana baru saja bercer4i dan surat belum dikeluarkan m4hkamah lagi, DDNK yang terkenal dengan tagline tak hensem tak apa janji kaya itu memilih berkahwin baru dengan gadis berusia 25 tahun.
MW pernah menemubual Watie dalam temubual eksklusif di mana katanya dia sentiasa mendoakan bekas suaminya itu mempunyai kewangan stabil agar dirinya boleh menuntut nafkah untuk anak tunggal mereka, Haykal yang berusia 16 tahun.
Dalam pada beberapa urusan di m4hkamah belum selesai, di aplikasi Tik Toknya @ateliadesams, Watie ada berkongsi dirinya melepaskan sebuah kereta mewah Lamborghini SUV berwarna merah yang berharga sejuta, kenderaan yang dipakai semasa perkahwinan mereka.
Selepas kenderaan itu bergerak pergi, Watie dilihat menuturkan kata-kata, “kadang-kala kita perlu melepaskan apa yang kita sayang untuk dapatkan yang lebih baik. Inilah permulaan bangkit demi bahagia, jelasnya. Dapat dilihat dirinya mahu bangkit dengan satu semangat baru dan melupakan apa yang pernah dikongsi bersama dalam perkahwinan yang gagal itu.
Dilihat sangat matang dan bijak bahkan dirinya masih merupakan pengarah dengan memegang saham 50 peratus dalam syarikat diusahakan bersama bekas suami, Menang Saham pasti dirinya mempunyai perancangan terbaik selepas ini. Didoakan agar apa jua perancangannya berjaya dan dirinya berhak bahagia menurut pilihannya.
Sumber : MingguanWanita
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!