Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan bantuan wang segera RM10,000 kepada setiap keluarga m4ngsa yang m4ut dalam insiden tanah runtuh yang berlaku di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, Hulu Selangor.
Selain itu, Anwar juga berkata, kerajaan turut memberikan RM1,000 kepada setiap m4ngsa yang mengalami keceder4an dalam ins1den berkenaan.
“Pemberian bantuan ini akan diselaraskan oleh kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),”ujarnya.
Dalam pada itu, Anwar memaklumkan operasi mencari dan menyelamatkan m4ngsa tert1mbus dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali akan diteruskan esok. Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi kejadian, malam ini.
Sehingga kini, seramai 21 mangsa menyertai perkhemahan di Father’s Organic Farm disahkan meningg4l dunia dan 12 orang belum ditemui. Ini menjadikan keseluruhan m4ngsa adalah seramai 94 orang.
Dan, hasil siasatan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Tanah dan Galian, kejadian berlaku dipercayai berpvnca daripada kaki cerun lemah akibat aliran air di bawah tanah.
Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Hisamuddin Termidi juga memaklumkan bahan homogen muka bumi disifatkan gagal bertahan dan turut runtuh.
Sumber: Facebook Harian Metro, Sinar Harian (Nilam Nur Atikah Oshman)
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.