Pakai baju namp4k pus4t, netizen pers0al tahap keyakinan Norreen Iman

Pempengaruh media sosial dan pelakon, Norreen Iman sekali lagi mengvndang perh4tian orang ramai apabila berk0ngsi gambar dirinya ‘berp0sing’ yang menampakkan bahagian pusat di laman Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon berusia 28 tahun itu menulis kapsyen bertanya suaminya Razzi Razak sekiranya gambar yang dimuat naik itu kelihatan comel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

“Hai @razzirazak, comel tak bini awak?,” tulisnya baru-baru ini mengenakan baju berwarna hitam dipadankan dengan seluar ungu.

Gambar berkenaan meraih lebih 50,000 tanda suka dan sebanyak 735 komen ditinggalkan warganet yang rata-rata lebih tertumpu kepada bahagian pusatnya.

Jika dilihat pada ruangan komen, ramai pengikut memberikan teguran menyifatkan tindakan pelakon drama Cina Buta itu tidak patut mendedahkan bahagian tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu kagum dengan tahap keyakinan yang ada dalam diri Norreen meskipun menyedari tentang tanggapan buruk netizen terhadap dirinya.

Tidak kurang ada pengikut prihatin mengenai keadaan selulit pada permukaan kulitnya yang menjadi kebiasaan bagi golongan ibu selepas melahirkan anak.

Sekadar pesan, api akhirat lagi panas

Mana nak dapat keyakinan macam ni?

Kenapa terdedah sana sini

Yakinnya sis! Doa yang baik-baik je la

Alamak kenapa macam ni Norreen

Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu mencuri tumpuan pengikut apabila berkongsi gambar berciuman dengan suami namun disunting menjadi kabur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

Sumber: Instagram Noreen Iman

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Pengarah Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi buat menantunya, Puteri Sarah dalam kes …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *