Umum sedia maklum bahawa pelawak, Achey Bocey dan isterinya Nor Hasanah Yahaya menjalani proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) dalam usaha memperoleh cahaya mata.
Terbaru, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah memaklumkan raw4tan tersebut belum berjaya selepas melakukan proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan isterinya.
Menerusi satu hantaran video di laman Instagram, Achey dilihat memujuk isterinya yang mesra dipanggil sebagai Anne itu sekali gus reda kerana belum mempunyai rezeki bagi mendapat zuriat.
Keputusan negatif
View this post on Instagram
“Syukur alhamdulillah… REDHA. @anne_achey._ please comeback stronger (Tolong kembali dengan lebih kuat),” tulisnya sebenar tadi.
Video berdurasi saat itu memaparkan Achey cuba menenangkan isterinya yang duduk di atas kerusi roda dipercayai selepas selesai pemeriksaan di sebuah hospital pakar di Johor Bahru.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikut memberikan kata-kata semangat buat pasangan itu supaya tidak patah semangat selain percaya dengan rezeki ditetapkan Allah SWT.
Insya-Allah ada rezeki lain
Allah dah aturkan yang terbaik
Jangan putus doa dan usaha!
Semoga diberi kekuatan
Untuk rekod, Achey dan isteri berkahwin sejak 11 tahun lalu dan memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia empat tahun.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Achey
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.