Tanah runtuh di tapak perkhemahan Batang Kali: 2 m4ut, 3 ceder4

DUA mangsa disahkan m4ut dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor pada awal pagi Jumaat.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, sejumlah 79 mangsa berada di tapak perkhemahan tersebut ketika runtuhan yang berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Maklumat dikemaskini setakat jam 7 pagi tadi, sejumlah 79 m4ngsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat kejadian runtuhan. 23 orang daripadanya selamat.

“Setakat ini, dua m4ngsa meningg4l dunia, tiga ceder4 dan 51 m4ngsa masih belum ditemui,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Menurutnya, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan pihak bomba dibantu bersama agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan SMART.

Pihak bomba turut memaklumkan bahawa kejadian berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm dan menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan jalan berkenaan.

Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecem4san pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.

Katanya sehingga kini kira-kira 31 mangsa sudah berjaya diselamatkan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan di lokasi kejadian.

Sumber : Mstar

About admin

Check Also

Nanti dapat Pnyaklt? minta buat pmbedahan Netlzen tegvr berat badan, sekali Ini ayat Padu Almy nadia

Sejak akhir-akhir ini, netizen memberi perhatian kepada perubahan fizikal pelakon berbakat besar, Datin Almy Nadia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *