‘Pelaris’ sebenar! Tukang masak selamba lap air kencing anak di dapur

Baru-baru ini, tular sebuah video berdurasi satu minit 41 saat memaparkan aksi selamba seorang tukang masak sambil melayan anaknya di dapur sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna Facebook dikenali Cty Hawa, kelihatan seorang tukang masak wanita dengan selamba mengelap kem4luan anak selepas selesai membuang air kecil.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan dilihat terus menyambung semula memasak sebaik sahaja selepas mengelap air kencing anaknya di dapur. Sebelum itu, kanak-kanak lelaki itu dilihat kencing sambil berdiri di bahagian dapur ketika wanita berkenaan sedang memasak.

Ekoran itu, pengguna Facebook berkenaan meluahkan kekecewaan sebaik sahaja dia melihat sendiri aksi tidak ‘sopan’ dilihat berlaku di bahagian dapur.

“Awak niaga tapi buat macam tu. Tempat awak cari rezeki tu sayang. Orang bayar nak makan kat kedai awak,”katanya.

Mel4mpau sangat! Kotorlah

Video yang meraih lebih sejuta tontonan menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana masing-masing meluahkan rasa loya dan kembang tekak melihat aksi tersebut.

Mereka mengatakan ia adalah tidak patut berlaku terutama di bahagian dapur lebih-lebih lagi melibatkan soal kebersihan dan keselamatan pengunjung yang datang ke kedai makan berkenaan.

Tangan celup air lepas budak kencing tu, haih

Mana KKM? Kebersihatan tak dijaga

Selain itu ada juga berharap agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat memantau kedai berkenaan.

Sumber: Facebook Cty Hawa

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Wanita M4ngsa Der4 Sehingga K0ma Akhirnya Bercer4i, Lulus Tuntutan Fasakh

Wanita yang menjadi mangsa penderaan suami sehingga koma, Jahidah Nordin akhirnya bercerai setelah Mahkamah Syariah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *