Meskipun sudah 14 tahun menanti cahaya mata, pelakon hebat Beto Kusyairy tidak menyalahkan takdir sebaliknya akur dengan ketetapan Allah SWT.
Menurut laporan Xtra, pelakon berusia 42 tahun itu berkata, dia dan isterinya Tisha Shahar sudah melakukan pelbagai usaha termasuk rawatan Islam, tradisional dan moden untuk dikurniakan zuriat.
View this post on Instagram
“Kalau dikira, 14 tahun dah saya kahwin dan jadi suami, tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak kami.
“Tapi tak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki.
“Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada r4watan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani.
“Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tiba lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada-Nya,” katanya.
View this post on Instagram
Sementara itu, terdapat sekeping foto Beto bersama isteri dalam bentuk video dimuat naik seorang pengguna aplikasi TikTok yang juga peminatnya @user1285999598428.
Namun, perkara mengundang perhatian ramai adalah kenyataan dalam video berkenaan yang merujuk kepada soalan kebiasaan diterima pasangan tersebut.
@user1285999598428 Anak Tu Kan Rezeki Dari Allah? #fansbetokusyairy #fyp #foryou #foryourpage #fypシ #fypシ #masukberanda #masukberandagak #masukberandagak #berandafyp #berandagak #berandafyp #berandafyp #foryou #halimun ♬ original sound – I . S . A ✌? – A | R ?
“Dah 14 tahun kahwin, tak ada anak lagi. Tak nak kahwin lain ke?” tulis kenyataan tersebut.
Rata-rata warganet memuji kesetiaan Beto dan isteri dalam perhubungan rumah tangga selain menitipkan doa agar pasangan itu dikurniakan cahaya mata satu hari nanti.
Kurniakanlah mereka cahaya mata
Allah Maha Adil, jangan risau dengan mulut orang
Insya-Allah.. moga kekal bahagia
Terbaik, setia mahal sekarang ni
Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 10 saat itu meraih 1.7 juta tontonan dan lebih 3,000 komen warganet serta 112,400 tanda suka.
Sumber: Xtra (Salma Syahbuddin) , Instagram Beto Kusyairy
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.