Umum mengetahui, suami kepada pelakon Mia Ahmad iaitu Izham Tarmizi akan beraksi sebagai salah seorang pemain pasukan Sri Pahang FC untuk Liga Malaysia musim hadapan.
Susulan itu, Mia akur apabila terpaksa mengikut suami berpindah dari Johor ke negeri Pahang. Menerusi satu perkongsian di TikTok, Mia ada berkongsikan proses penghijrahan mereka.
Dalam video tersebut, Mia juga mengakui berasa sebak untuk meninggalkan negeri Johor apatah lagi banyak memori tercipta sepanjang berada di negeri tersebut.
Post ini bukan kesalan atau meraih simpati tapi satu aprisiasi dan betapa terima kasih nya saya di atas percaturan ini. Hijrah yang lebih baik buat kami sekeluarga InshaAllah. Thank You JDT For Everything. ❤️?
“Ucapan selamat tinggal memang sentiasa menjadi sesuatu yang suk4r untuk diucapkan terutamanya untuk orang yang kita sayang, memori yang terbina,” tulisnya.
Bagaimanapun, Mia menjelaskan video tersebut sekadar perkongsian untuk menunjukkan rasa syukur dan penghargaan mereka buat negeri Harimau Selatan dan bukannya untuk meraih simpati.
Perkongsian Mia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah serta selamat maju jaya buat Izham di dalam pasukan baru.
Sumber : Obulan