Anak ‘sleepcall’ dengan pakwe? Ramai puji Sharifah Zarina sporting & memahami

Sebelum ini, anak kepada penyanyi, Sharifah Zarina iaitu Athalia Deena Baswani menjadi bualan h4ngat netizen gara-gara memuat naik video berpelukan dengan seorang lelaki di aplikasi TikTok.

Pun begitu, baru-baru ini, nama anaknya itu kembali meraih perhatian ramai apabila menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik oleh Zarina di laman TikToknya, kelihatan anak gadisnya itu sedang ‘sleepcall’ bersama seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya.

@realsharifahzarina

Bertabahlah mak!?

♬ たぶん – YOASOBI

Dalam video berkenaan, penyanyi yang berusia 41 tahun itu masuk ke dalam bilik anak gadisnya yang sedang nyenyak tidur sambil membuat panggilan video bersama seorang lelaki.

“Tabahlah mak!” ujar Zarina ringkas di ruangan kapsyen.

Sportingnya Zarina dengan anak, untung la!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji sikap dimiliki Zarina yang tidak mem4rahi dan memahami perasaan anak gadisnya itu yang berada di fasa menjalin hubungan percintaan.

Kalau mak ayah aku, dah lama kena ‘b4ntai’!

Malah, netizen turut berkongsi pengalaman ketika ‘sleepcall’ bersama kekasih dimana mereka akan dim4rahi oleh keluarga masing-masing jika tertangkap membuat perkara sedemikian.

Tidak kurang juga, ada netizen yang meluahkan rasa ingin tahu bagaimana Zarina mempunyai pemikiran terbuka seperti itu memandangkan mereka akan dipukul oleh ibu bapa sendiri jika ‘kantoi’ tidur bersama kekasih secara panggilan video.

Sumber: TikTok @realsharifahzarina

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kecantikan Marissa Dania dipvji net1zen, “Cantik macam mama Abby”

Anak perempuan kedua kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang diberi nama Marissa Dania menar1k …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *