Tular sebuah video memaparkan seorang bapa longlai apabila m4yat anaknya, Muhammad Sufi Eijas yang terj4tuh berhampiran tali air di Kampung Kebor Besar, Manir, Kuala Terengganu ditemui semalam.
Menerusi laporan Kosmo! Online, Mohd. Sobrey Ramli tidak dapat menahan kesedihan atas pemergian anaknya yang berusia tiga tahun dalam kejadian berlaku pada Isnin.
Akaun Instagram @jentikhati berkongsi video kelihatan Mohd. Sobrey tidak berdaya selepas pasukan bomba membawa jasad anaknya naik ke darat.
View this post on Instagram
Sementara itu, tular juga beberapa tangkap layar luahan ibu m4ngsa iaitu Nurul Ain Bakri menerusi aplikasi WhatsApp sebelum m4yat anaknya ditemui terapung 500 meter dari lokasi kejadian.
Tangkap layar tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna laman Facebook, Mimi Noor Sharfella yang juga rakan kepada Nurul Ain.
“Sufi timbul la.. ramai orang mari tengok Sufi ni, ramai orang sayang Sufi. Umi reda, mesti Sufi sejuk kat bawah tu. Cepat-cepat timbul, Umi nak peluk Sufi,” itu antara luahan Nurul Ain.
Difahamkan, Nurul Ain yang bekerja di Politeknik Kuala Terengganu berkata, suaminya ada berpesan kepada anak-anak mereka supaya jangan bermain terlalu jauh.
Sufi (kanan), anak kedua dari tiga beradik
“Waktu itu saya masih di pejabat, suami saya pula kebetulan sedang bercuti membawa anak-anak ke kelas mengaji.
“Sebelum ini tidak pernah suami bawa anak ke kawasan tali air itu,” katanya.
Sumber: Instagram @jentikhati , Kosmo! Online (Tengku Danish Bahri Tengku Yusoff) , Facebook Mimi Noor Sharfella
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.