Tindakan bintang bola sepak negara, Arif Aiman yang dikhabarkan baru membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes CLA45S AMG keluaran 2021 mencvri tumpuan orang ramai di media sosial.
Menerusi laman Instagram, pengedar kenderaan Hafis Naserr berkongsi momen ketika pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menerima kenderaan mewah tersebut di depan rumahnya.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Walaupun tiada butiran lanjut dinyatakan, difahamkan kenderaan berwarna silver itu boleh mencecah harga sehingga RM400,000 mengikut pasaran semasa.
Bagaimanapun, tidak hairan pemain berusia 20 tahun itu mampu memilikinya apatah lagi dia pernah membawa gelaran Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021.
Menerusi kapsyen, Hafis mengucapkan tahniah atas pencapaian Arif dan mendoakan bintang muda itu terus dimurahkan rezeki serta berjaya dalam karier bola sepak tanah air.
View this post on Instagram
“Congratulation to adik @ariifaiman42 for your archivement.. berkat usaha keras & tak henti2 cari peluang yang terbaik untuk karier adik, u really do a good job.
“Semoga adik dimurahkan rezeki & sentiasa dalam lindungan Allah SWT, abang doakan adik makin maju dalam karier adik,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira atas rezeki diperoleh Arif dan berharap dia dapat mengekalkan momentum dan prestasi di atas padang.
Kurang g0sip, masa ni la nak kumpul aset…
Moga terus maju jaya!
Sumber: Instagram Hafis Naserr
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.