Anak-Anak Shuib Selesa Dengan Watie..

Umum mengetahui, pelawak Shuib Sepahtu mengesahkan dia kini sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang usahawan bernama Watie Hanafiah.

Memetik Harian Metro, Shuib berkata anak-anaknya selesa dengan kehadiran Watie. Malah, anak-anaknya turut bertanyakan soalan mengenai wanita itu kepadanya.

“Kenapa orang tak suka dekat Aunty? (Watie) Apa yang salah dia? Mereka sudah lama mengetahui mengenai Watie, namun mengunci mulut mengenai perkara ini. Apabila diketahui umum, mereka mengvsik saya berhubung perkara itu.

“Semestinya kalau saya hendak berkawan dengan seseorang, pasti saya meminta pandangan daripada ibu. Penting untuk ibu selesa dan merestui sesuatu perhubungan.

“Saya paling t4kut kalau membelakangkan keluarga kerana apa perkara pun pasti dibincangkan dengan mereka. Kadang kala mereka sensitif untuk bertanya,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib menafikan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga dengan Watie pada Mac tahun depan. Ujarnya, jika ada perkara baik dia pasti akan kongsikan.

“Selebihnya kita kena berserah termasuk juga soal jodoh ini saya serahkan kepada Allah. Cuma kadang-kadang bila perkara itu tak betul saya kena cakap (perkara sebenar).

“Kalau ada perkara baik untuk masa akan datang saya mesti kongsikan. Saya tak suka bila orang cakap nak sorokkan perkara sebenar. Saya nak sorokkan apa?

“Bagaimanapun, sudah tentu saya nak yang terbaik untuk hidup saya. Saya sentiasa berdoa semoga Allah tunjukkan jalan dan hadirkan orang yang baik dalam hidup saya,” katanya.

Sumber : Harian Metro

About admin

Check Also

“Bukan lagi k4ki melent1ng & k4ki g4duh”- Sharnaaz Ahmad samakan diri seperti ay4m

Baru-baru ini, nama pelakon Sharnaaz Ahmad terp4lit dengan k0ntroversi melibatkan k0nflik penggugvran nama aktor Datuk Aaron …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *