Sambut ‘anniversary’, Che Ta sarung baju RM80K – “Zain tak pernah paksa masak”

Sempena ulang tahun perkahwinan kesembilan, aktres Rozita Che Wan mencvri tumpuan ramai apabila mengenakan persalinan bernilai RM80,000 hasil rekaan Ivan Young.

Menerusi satu posting di laman Instagram, dia yang mesra dipanggil Che Ta berkongsi serba sedikit pengalaman melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya Zain Saidin yang 13 tahun lebih muda.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Che Ta berkata, dia tidak pernah berpvtus asa sepanjang bergelar ibu tunggal sebelum kehadiran Zain yang juga seorang aktor yang menjadi pelengkap hidupnya.

“Sembilan tahun, sembilan kali dah sarung baju kahwin. Alhamdulillah, tahun ini rezeki dapat sarung baju kahwin harga RM80,000. Terima kasih @ivanyoungofficial.
“12 tahun jadi ibu tunggal, tak pernah putus asa dengan perkahwinan. Kadang Allah hantar ‘peneman’ untuk uji kesabaran kita.
“Kalau sabar, kekallah bahtera yang kita bina. Kalau tak sabar, itu por4k-por4nda. Alhamdulillah, sembilan tahun ni Allah hantar yang baik-baik saja,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Bercerita lanjut, pelakon berusia 49 tahun itu mendedahkan, suaminya tak pernah meminta bagi melakukan kerja rumah selain mengambil berat soal agama.

@zainsaidin23 tak pernah suruh kami (saya) kemas rumah, tak pernah masak… jauh sekali nak kawal pergerakan kami. Tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, ‘sayang dah solat?’
“Tak sangka mat salih celup yang kami kahwin ni sangat ambil berat tentang agama. Ingat lepas kahwin, nak pakai skirt atas paha je. Yelah kita pula ‘feeling’ macam kahwin dengan mat salih.
“Tapi terus perlahan-lahan tutup aurat. Alhamdulillah, ada sebab Allah hantar ‘peneman’ hidup kita. Tak kaya, tapi kami bahagia,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Dalam posting sama, pelakon drama Jesnita itu turut menasihatkan golongan wanita supaya tidak mengalah sekiranya mengalami keg4galan dalam rumah tangga.

“Kalau ada wanita di luar sana yang putvs asa bila rumah tangga berder4i.. jangan begitu. Mungkin jodoh anda akan muncul, tengah dalam perjalanan. Insya-Allah, Allah tengah pilih yang baik-baik untuk anda,” ujarnya.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Menerusi perkahwinan pertama pada 1995, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar memiliki dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.

Sumber: Instagram Rozita Che Wan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Siti Nurhaliza Pun Belum Tentu Tergamak Jual Semahal Ko…”, Azwan Ali Pertikai Harga Biskut Shuhada

Tular di media sosial sebelum ini apabila rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *