10 tahun bercinta, Raysha Rizrose bakal kahwin dengan kekasih

Selepas 10 tahun menjalin hubungan cinta, pelakon Raysha Rizrose dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Menurut laporan Utusan Online, difahamkan pelakon berusia 26 tahun itu akan disunting kekasihnya yang juga seorang pelumba kereta Formula 3 (F3).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raysha Rizrose (@raysharizrose)

Bagaimanapun, pelakon drama Dia Menantu Rahsia itu belum mendedahkan tarikh perkahwinannya atau sebarang maklumat mengenai hari bahagia yang akan tiba nanti.

Sebelum ini, Raysha memaklumkan dia dan kekasihnya Nabil Jeffri mempunyai perancangan bagi melangkah ke fasa perkahwinan namun tidak mahu terburu-buru.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabil Jeffri (@nabiljeffriofficial)

“Kami berkenalan dan bercinta sejak dari sekolah lagi. Saya pun tak sangka, cepatnya masa berlalu dan sekarang hubungan kami dah 10 tahun.
Tak dinafikan juga, memang sudah ada perancangan ke arah perkahwinan.
“Tapi, semuanya bergantung kepada saya kerana dia (Nabil) sudah bersedia untuk kami melangkah ke fasa perkahwinan.
Cuma, saya yang perlukan masa lagi dan tidak mahu terburu-buru membuat keputusan,” katanya menerusi laporan Harian Metro pada September lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raysha Rizrose (@raysharizrose)

Untuk rekod, Raysha atau nama lengkapnya Farza Naquraisha Mohd Fariz pernah sekali mengalami ‘putus cinta’ dengan pemandu F3 berusia 29 tahun itu selama empat bulan sebelum berbaik semula.

Sumber: Utusan Online (Cik Bunga) , Harian Metro (Norhayati Nordin) , Instagram Raysha Rizrose

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *