Baru-baru ini, usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli menjadi bualan netizen gara-gara berkongsi video menyambut ulang tahun kelahiran sahabat baiknya yang bernama Erysha Emyra.
Difahamkan juga, sahabat baiknya itu merupakan anak kepada pelakon veteran terkenal, Datin Seri Noniswara dan mereka telah menyambut bersama-sama di sebuah restoran. Dalam video itu, kelihatan Iqbal membeli seutas gelang emas dan kek hari jadi khas buat Erysha.
View this post on Instagram
Perkongsian itu membuatkan ramai mengatakan Iqbal dan Erysha sesuai untuk menjadi pasangan kerana dilihat sama cantik dan sama padan.
Iqbal t4kut & bimb4ng dekati wanita gara2 sering dijodohkan
Pemilik nama Ahmad Iqbal Zulkefli berkata, dia tidak mampu memberi penjelasan mengenai video mesra tersebut kerana menghormati Erysha sebagai sahabatnya selain ibu wanita berkenaan yang juga baik kepada dirinya.
“Setiap kali pertanyaan, persoalan ketika nama saya disebut, biasanya pasti ada jawapan.
“Tetapi, untuk kali ini, saya tidak menghuraikan panjang kerana mengormati Erysha sebagai sahabat. Ibu Erysha, Datin Sri Noniswara sangat baik dengan saya,”tulisnya dalam hantaran di Insta Story.
Katanya lagi, dia menjadi t4kut dan bimb4ng mendekati wanita apabila sering dijdoohkan dengan mana-mana wanita sekiranya berkongsi video atau gambar di media sosial.
“Semakin hari, saya jadi t4kut untuk rapat dengan wanita, takutkan ada yang rasa terganggu menjadi gosip. Risaukan orang mendekati saya tiada privasi,”luahnya.
Jelasnya usahawan berusia 28 tahun, dia bimb4ng sekiranya ramai ‘cop’ dirinya sebagai lelaki yang suka menganggv wanita bahkan mencari publisiti dengan menempel wanita.
Akui sering dijadikan perhatian, Iqbal tampil meminta maaf memandangkan ia berlaku bukan di bawah kawalannya.
Sebolehnya nak privasikan tentang hubungan
Dalam pada itu, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini juga menyatakan dia seboleh-bolehnya mahukan privasi apabila ia melibatkan dengan perhubungan.
Tambah Iqbal, dia tidak pernah bermain-main soal jodoh memandangkan bakal menghampiri usia 30 tahun. Sekiranya ada jodoh, maka dia terima dengan hati terbuka baik di usia muda atau lewat.
Oleh itu, dia memohon agar orang ramai mendoakannya bertemu pasangan hidup.
Sumber: Instagram @ahmadiqbalzulkefli
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.