“Saya Percaya Segala Kec4man Netizen Adalah Takdir Yang Tertulis Oleh Allah..” – Syifa Melvin

Minggu lalu, berlangsungnya majlis pernikahan personaliti media sosial, Syifa Melvin bersama kekasih hatinya, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid.

Sepatutnya netizen gembira dengan berita perkahwinan pasangan itu, namun lain terjadi apabila Syifa dikecam oleh netizen susulan perkahwinannya dengan Safawi. 

Memetik Astro Gempak, Syifa menganggap orang ramai tidak mengenali siapa sebenarnya dirinya. Kata Syifa lagi, kecaman diterima adalah takdir yang tertulis daripada Allah serta dia sudah bersedia dengan hentaman daripada netizen.

“Pada Syifa mereka yang bercakap buruk itu tidak kenal pun saya dan keluarga, mereka sendiri pun tak tahu apa yang mereka cakap.

“Bagi saya, bila berlaku perkara tersebut ia membuat saya kembali berfikir pada satu perkara yang telah saya tetapkan di fikiran iaitu takdir yang sudah tertulis untuk saya bernikah pada 28 November lalu, itu membuatkan saya lebih tenang.

“Saya sudah bersedia dengan kecaman netizen. Saya percaya segala kecaman, caci maki dan hentaman daripada netizen semua itu adalah takdir yang tertulis oleh Allah untuk saya hadapi semua ini.

“Dengan mengingat kembali takdir Allah, apa pun rasa macam terharu, sedih dan bangga, saya pasti ini semua ada hikmah. Allah sudah merancang segalanya yang terbaik untuk saya,” katanya.

Dalam pada itu, Syifa berkata dia tidak kisah jika netizen mahu terus mengecam dirinya kerana baginya itu yang memberi ketenangan dalam jiwanya.

“Apa orang cakap biarlah, lebih banyak orang caci maki saya, lebih ramai burukkan nama saya, itu yang memberi ketenangan dalm hati saya. Jadi untuk mereka nak berkata buruk silakan lah, hikmah itu ada pada saya,” katanya.

SUMBER :  ASTRO GEMPAK

About admin

Check Also

Jod0h awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sek0lah, hari ni nikah”

Jodoh awal atau lewat, semuanya sudah ditetapkan Allah SWT sejak di Luh Mahfuz. Paling penting, masing-masing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *