Sejak semalam, tular beberapa video memaparkan penyanyi, Najwa Latif hadir membuat persembahan di Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama suaminya, Akwa Arifin.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah tind4kan seorang suami memayungi isteri ketika membuat persembahan apabila hujan secara tiba-tiba mulai turun membasahi bumi.
@winter4daisy what a night ? #najwalatif #fyp #fypシ ♬ original sound – ハニサ カムスリ
Peminat bersorak Akwa datang payung Najwa Latif
Menerusi beberapa video tular berkenaan, Najwa dilihat sedang membuat persembahan menyanyikan lagu berjudul Sahabat.
Apa yang menjadi perhatian apabila peminat bersorok kegembiraan sebaik sahaja melihat Akwa datang menghampiri dan memayungi isterinya dengan penuh romantis.
niat nak pergi healing, makin broken ?
Nyanyi makin sendu..
Malah, peminat juga menyatakan perasaan apabila berasa semakin ‘sendv’ dan kesepian sebaik sahaja melihat tindakan Akwa yang datang secara tiba-tiba lalu ‘payung’ isterinya daripada mandi hujan.
@chaa_.aa kau ada?? samalah aku pun takde??✋… bekas president single kita all out ya malam tadi? #ymu #youth #fest #uum #najwalatif ♬ original sound – whos_chaa._
Comel! Wawa kena ingat awak pernah jadi President Single
Selain itu, ada juga netizen cuba mengingatkan penyanyi berusia 27 tahun itu bahawa dia pernah memegang jawatan ‘President Single’ suatu ketika dahulu sebelum berkahwin dengan Akwa.
Auto sendu, patutnya aku tidur tadi..
Tidak kurang juga, ramai netizen dilihat berseloroh kononnya terasa dengan adegan romantis yang ditunjukkan oleh pasangan selebriti tersebut. Selain itu, mereka juga tidak seharusnya ‘bangun’ dari tidur awal semata-mata melihat aksi mesra antara Najwa dan Akwa.
Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu tiba-tiba mengumumkan mereka selamat diijabkabulkan pada 11 November lalu selepas tiga tahun berkenalan.
Sumber: TikTok @winter4daisy, @whynatashaa, @chaa_.aa
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.