Pendakwah selebriti, Dai’ Syed Iqmal dan isteri Hana Ismail terus mencuri tumpuan ramai menerusi perkongsian video romantis mereka yang menjalani kehidupan sebagai suami isteri.
Terbaru, pemilik nama Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful itu seolah-olah pasrah apabila perlu melayani kehendak isterinya yang juga pengacara TV Alhijrah untuk bermandi hujan di luar rumah.
Buat apa mandi hujan? Isteri kata sunnah
View this post on Instagram
Menerusi video dikongsi di laman Instagram, pada mulanya Syed Iqmal dilihat menolak ajakan itu namun ditarik oleh isterinya bagi bermandi hujan yang disifatkan sebagai sunnah Rasulullah SAW.
“Umur awak sebenarnya berapa sayang? @hanaalmauzah. Semoga turun keberkatan kepada kita seperti turunnya air hujan ini, amin,” tulisnya.
Rakaman berdurasi 38 saat itu memaparkan Hana atau nama lengkapnya Nurulhana Ismail mengayuh basikal di sekitar kediaman mereka dengan penuh kegembiraan sambil diperhatikan oleh suaminya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji aksi romantis pasangan tersebut serta mendoakan rumah tangga dibina kekal bahagia hingga ke syurga.
View this post on Instagram
Sementara itu, ada juga segelintir golongan bujang berseloroh menganggap aksi ‘sweet’ yang dipamerkan membuatkan mereka berasa sunyi selain tidak sabar untuk mempunyai pasangan hidup nanti.
Isteri ni bukan nak harta, cukup kenangan bersama
Suka tengok! Semoga hubungan kekal…
Koy4k jiwa ‘single’ aku ni
Best kan bercinta selepas nikah?
Untuk rekod, Syed Iqmal dan Hana selamat disatukan sebagai suami isteri pada sebuah majlis akad nikah di Masjid Ibnu Mas’ud di ibu negara pada 3 Disember lalu.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Syed Iqmal
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.