Nama Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman tidak pernah lekang daripada g0sip industri hiburan tanah air meskipun beliau seorang usahawan.
Malah, walaupun sering terpalit dengan pelbagai g0sip, kita tak dapat menafikan dia salah seorang usahawan yang menjadi inspirasi buat orang ramai terutamanya wanita untuk berjaya dalam bidang perniagaan.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, disebalik kejayaan yang dikecapinya selama ini, pasti akan ada penat lelahnya dalam membangunkan perniagaan kosmetik yang tidak pernah dilihat oleh orang ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Vida di laman TikToknya, dia yang tertidur sewaktu siaran langsung bersama pengikutnya di aplikasi tersebut telah berjaya meraih perhatian netizen.
@datoserividaofficial Demi mencari rezki dan kejayaan dunia akhirat #fypppppppppppppp #foryoupage #datoserivida #viralvideo #dsv #tiktok #masukberandagak #masukberanda #masukfypdong #viraltiktok #foru ♬ Tertawan Hati X Pilihan Yang Terbaik – Sadvibes?
Tertidur pun cantik!
Kebiasaannya, tujuan usahawan yang berusia 51 tahun itu melakukan siara langsung di TikTok bersama pengikutnya adalah untuk membuat jualan produk kosmetiknya itu yang dijual secara dalam talian.
Namun begitu, Vida yang tertidur sewaktu siaran langsung telah mencetuskan reaksi netizen yang memuji usahawan tersebut memiliki kecantikan yang luar biasa.
Semoga Dato diberi kesihatan baik selalu
Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa bimb4ng mereka apabila melihat wajah kepenatan usahawan tersebut dan mendoakan agar Vida sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta segala urusannya dalam mencari rezeki sentiasa dipermudahkan selalu.
Sumber: TikTok @datoserividaofficial
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.