Penyanyi dari Singapura, Fuad Rahman mengakui kini sedang asyik bercinta dengan rakan perjuangan dalam program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) iaitu Tom.
Menurut laporan Astro Gempak, penyanyi berusia 43 tahun itu mula jatuh hati pada minggu kedua konsert sebelum meluahkan perasaan kepada Tom sekitar dua minggu lalu.
“Tujuan saya ajak couple dan menuju ke arah lebih ser1us agak orang ramai dan peminat tidak salah anggap kalau nampak kami di luar nanti.
“Kalau-kalau nanti saya terpelvk atau terpeg4ng tangan dia kemudian orang ambil gambar kami dan sebarkan itu lagi bahaya,” katanya.
Bercerita lanjut, dia mendedahkan Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram adalah bekas kekasihnya pada 2005 tetapi mereka terpaksa berpis4h oleh kerana dipenj4ra selama lima tahun.
“Selepas itu kami terus tiada contact lagi. Saya tinggalkan dia waktu itu sendirian agak lama juga. Kemudian lepas keluar penj4ra saya mulakan hidup baru, saya kahwin dan ada keluarga.
“Manakala dia bawa diri ke Langkawai. Sampailah kami dipertemukan semula di GV. Waktu pertama kali jumpa di GV saya rasa macam terg4mam sebab tak sangka jumpa di situ.
“Saya tengok dia dah lain, kulit makin gelap. Saya rasa Tuhan pertemukan kami semula mesti ada hikmah,” ujarnya.
Sementara itu, Fuad menyifatkan ada hikmah apabila mereka dipertemukan semula yang menjadi peluang untuk dirinya menebus kesalahan kerana meninggalkan wanita tersebut sewaktu dahulu.
“Apa pun dengan peluang kali ini saya ingin tebus semula kesalahan saya yang dulu sebab meninggalkan dia, saya rasa ini waktu terbaik untuk tebus silap saya pada dia.
“Insyallah, kalau dipermudahkan saya akan jaga hubungan ini lebih serius. Jika tiada halangan insyallah kalau tidak tahun depan mungkin tahu seterusnya kami akan berkahwin.
“Apa pun saya minta semua orang doakan hubungan kami dalam keadaan baik,” kongsinya lagi.
Tiada jodoh.. perkahwinan saya dah berakhir
Terdahulu, Fuad menjelaskan perkahwinan dibina sudah berakhir dengan perpisahan selain mengemas kini status hubungan ‘in relationship’ bersama Tom di laman Facebook.
Kini jalin cinta dengan Tom
Sumber: Astro Gempak (Shahrin Zulkifle)
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.