Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan dia dan suaminya, Aliff Aziz menjadi m4ngsa sih1r pemis4h rumah tangga yang didakwa dihantar oleh seorang wanita tidak dikenali.
Memetik Harian Metro, Bella berkata sihir tersebut dihantar untuk melihat rumah tangga pasangan itu musn4h. Bagaimanapun, Bella meluahkan rasa syukur keadaan mereka semakin pulih selepas menjalani rawatan alternatif.
“Ada yang menghantar sih1r pemisah rumah tangga. Kalau kata kami nak berpis4h, kenapa tak berpis4h dari dulu saja masa banyak kes yang terjadi antara saya dan Alif.
“Apa yang kami lalui selama lebih sebulan ini tak okey. Tapi saya bersyukur apabila Aliff tidak pernah menolak setiap kali saya ajak pergi berub4t sebab dia sendiri pun dapat rasakan perubahan terhadap dirinya. Begitu juga dengan saya.
“Gangguan ini berlaku secara keseluruhan. Saya sangat t4kut dengan apa yang berlaku sekarang ini. Terlalu berat untuk saya kongsikan.
“Tapi Alhamdulillah kami semakin pulih sebab Aliff nak pergi berubat. Mungkin sesetengah pasangan, dia tidak mahu atau tak percaya, tapi dia sama-sama nak cari jalan sebab dapat rasakan sesuatu pelik terjadi kepada kami,” katanya .
Menurut Bella lagi, dia dan Aliff akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga mereka serta menyifatkan apa yang berlaku sebagai ujian serta akan lebih berhati-hati untuk memuat naik perkongsian.
“Alhamdulillah kami sudah cukup matang sekarang. Jadi, kami anggap apa yang berlaku ini sebagai uj1an dan tegur4n untuk saya.
“Jadi sekarang ini saya perlu lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian di media sosial. Mungkin sebelum ini saya terlalu kerap berkongsi hingga buat orang tak selesa.
“Aliff sekarang sedang berehat dan dia selalu beri saya sokongan moral. Dia juga selalu ingatkan saya supaya tidak mengalah dan minta saya untuk berjuang menyelamatkan perkahwinan ini.
“Rumah tangga kami nak masuk tahun ketujuh bersama anak-anak. Jadi saya nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas apa yang saya lakukan. Tapi, selepas ini Insha-Allah saya akan lebih berhati-hati dalam berkongsi apa saja di media sosial,” katanya.
Sumber : Harian metro