Sabtu lalu, pasangan selebriti, pendakwah bebas Da’i Syed, dan pengacara, Hana Ismail sah bergelar sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis diadakan di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Da’i Syed dilihat ada memuat naik video sebelum dia bergelar suami serta kapsyen ringkas mengucapkan salam buat isterinya.
View this post on Instagram
Perkongsian Da’i Syed itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah serta mendoakan agar rumah tangga pasangan itu kekal hingga ke akhir hayat.
Turut menjadi perhatian ramai adalah komen rakan usahawan selebriti, Joy Revfa yang berseloroh meminta pendakwah itu mencarikan jodoh buat dirinya.
Untuk rekod, Joy pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada Mei 2017, namun pasangan itu bercer4i pada Oktober tahun yang sama.
Sumber : Rotikaya