Tamat Pengajian Peringkat Degree, PU Riz Men4ngis Pelvk Keluarga

Penceramah selebriti Haris Ismail atau PU Riz berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di TikTok, PU Riz yang kelihatan segak mengenakan jubah graduasi menerima sorakan yang kuat dari tetamu yang hadir sewaktu di majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

Malah, isterinya selebriti popular Neelofa turut berkongsikan momen dirinya yang teruja serta memberikan sorakan paling kuat ketika suaminya mengambil skrol di atas pentas.

Sementara itu, tular video dimuat naik oleh peminat memaparkan PU Riz yang dilihat tidak dapat menahan air mata apabila memelvk ahli keluarganya.

@teamustazhariss

TAHNIAH USTAZ HARIS! ????‍??

♬ Ayah Dan Ibu – Dato’ Sudirman

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan mereka tidak pernah melihat keluarga pendakwah bebas itu serta memberitahu sejuk mata melihat keluarga PU Riz.

 

About admin

Check Also

“Siti Nurhaliza Pun Belum Tentu Tergamak Jual Semahal Ko…”, Azwan Ali Pertikai Harga Biskut Shuhada

Tular di media sosial sebelum ini apabila rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *