Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu dia tidak gentar untuk disi4sat berhubung laporan polis dibuat oleh beberapa pihak yang mendakwanya menyel3weng dana RM600 bilion.
Beliau yang juga mantan Perdana Menteri berkata demikian menerusi kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook miliknya hari ini.
“Ahli Parlimen Hulu Langat daripada parti Pakatan Harapan (PH) telah membuat lap0ran p0lis terhadap saya kononnya saya telah menyel3weng dana kerajaan berjumlah RM600 bilion.
“Ahli Parlimen Lembah Pantai yang baru dilantik sebagai Menteri Komunikasi Digital juga membuat tudvhan yang sama terhadap saya,”ujarnya.
Berbalik kepada dakw4an sel3weng dana, beliau menafikan dengan memandangkan ia adalah wang individu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta bank, yang bukan dibawah kawalannya.
Beliau juga menyatakan tidak pasti bagaimana angka RM600 bilion berkenaan dipetik, jika pun merujuk kepada lapan Pakej Rangsangan Ekonomi diumumkan ketika menerajui kerajaan sebelum ini hanya bernilai RM530 bilion.
Tegasnya, beliau tidak gentar sekiranya pihak berkenaan mahu meneruskan sias4tan atas dakw4an berkenaan kerana dia tahu berada di pihak benar.
“Saya tidak t4kut untuk disi4sat kerana tahu saya tidak sel3weng duit rakyat yang diam4nahkan kepada kerajaan untuk digunakan bagi tujuan membantu rakyat ketika zaman susah,”katanya.
Sementara itu, Muhyiddin menitipkan pesanan kepada ahli-ahli politik Pakatan Harapan (PH) dan UMNO agar tidak menuding jari.
“Janganlah asyik menuding jari kepada orang lain dengan menvduh yang bukan-bukan semata-mata untuk menutup kelemahan kerajaan yang baru berusia beberapa hari ini yang kelihatan masih belum ada idea bernas untuk menyelesaikan permasalahan rakyat,”katanya lagi.
Katanya, mereka telah pun menjadi pihak kerjaan, jadi seharusnya berhenti bermain wayang politik memandangkan rakyat mahu melihat perancangana kerajaan.
“Awak dah jadi kerajaan, ‘act like a government’ (bertindaklah seperti kerajaan),”tegasnya.
Tambah beliau, negara mempunyai sistem dan amalan yang standard untuk menjamin ketelusan dan akauntabiliti dalam perbelanjaan wang kerajaan, di mana perbelanjaan kerajaan tertakluk kepada audit.
“Jika terdapat penemuan audit mencvrigakan, teguran audit boleh dibuat terhadap jabatan kerajaan berkenaan. Jika terdapat salah laku r4suah atau penyelewengan, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap si pelaku.
“Saya percaya pihak Kementerian Kewangan (MOF) khususnya Agensi LAKSANA mempunyai setiap butiran perbelanjaan bagi semua lapan Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilaksanakan semasa saya menjadi Perdana Menteri,” katanya.
Selain itu, Muhyiddin berkata, desakan pemimpin PH meminta P0lis Diraja Malaysia (PDRM) menyi4sat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerlahkan sikap sebenar mereka yang tanpa seg4n silu menggunakan p0lis untuk menekan pemimpin yang tidak sehaluan dengan mereka.
Sumber: Facebook posts
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.