Pelakon dan juga usahawan, Nur Fazura meluahkan rasa kecew4 terhadap tind4kannya sendiri apabila memberi ‘umpan’ coklat kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya,2 tahun.
Menerusi perkongsian aktres berusia 39 tahun di laman Instagram, dia memberitahu terpaksa memberikan coklat kepada Fatima sebagai ‘umpan’ kerana mahu mengalihkan perhatian si kecil itu yang menangis selepas disunt1k.
“Selesai mengambil v4ksin influenza. Ini saya sebagai ibu bapa yang teruk sebab cuba tenangkan anak dengan coklat,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Dalam video berkenaan, Fatima dilihat men4ngis sambil memelvk Fazura akibat ket4kutan sewaktu mendapatkan sunt1kan vaksin influenza. Bagi menenangkan anaknya, Fazura dilihat mengeluarkan coklat dari beg yang dibawa lalu diberikan kepada Fatima.
Tak baik cakap macam tu…
Hantaran itu mendapat perhatian ramai di mana ramai mengatakan tindakan yang dilakukan oleh Fazura adalah wajar dan normal serta tidak salah bagi ‘mengambil’ hati si anak.
Tidak kurang juga mereka memberikan kata-kata semangat kepada Fazura dengan mengatakan dia sudah menjadi seorang ibu yang hebat dan terbaik buat si anak.
Macam dukung Fattah Amin versi perempuan
Selain itu, rata-rata warganet menyatakan Fatima dilihat seiras dengan ayahnya iaitu Fattah Amin tapi dalam versi perempuan.
Untuk rekod, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan anak pertama Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram @missfazura
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri