Dewan gamat, Neelofa bangga PU Riz terima ijazah pengajian bahasa Inggeris

Selebriti yang juga usahawan terkenal, Noor Neelofa berkongsi perasaan teruja apabila suami tercinta, Haris Ismail menjadi salah seorang graduan pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antabangsa (UIAM) ke-38 yang diadakan di Dewan Utama, Pusat Aktiviti Kebudayaan UIAM, hari ini.

Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail menerima skrol berkenaan setelah tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua) di universiti berkenaan.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah sorokan Neelofa sewaktu Haris atau mesra disapa PU Riz naik ke atas pentas sewaktu mengambil skrol ijazahnya.

“Hahaha, siapa suruh bawa bini datang konvo,”selorohnya berserta tanda pagar ‘suami muda kau ada’ yang dilihat sangat menarik .

Dalam pada itu, Neelofa turut meluahkan kesyukuran atas kejayaan suaminya kerana telah menamatkan pengajian.

Selain itu, Haris yang segak mengenakan jubah konvokesyen berwarna biru firus juga meluahkan kesyukuran kerana meraih segulung ijazah.

“Alhamdulillah,”ucap Haris ringkas dalam salah sebuah video yang dirakam Neelofa.

Untuk rekod, Haris juga pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 2012 selama setahun sahaja sebelum membuat keputusan untuk pulang ke tanah air ekoran pergolakan yang sedang h4ngat berlaku di negara berkenaan.

Sumber: Instagram @neelofa

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Siti Nurhaliza Pun Belum Tentu Tergamak Jual Semahal Ko…”, Azwan Ali Pertikai Harga Biskut Shuhada

Tular di media sosial sebelum ini apabila rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *