Tahniah! Dai Syed sah bergelar suami Hana Ismail dengan sekali lafaz

Pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful sah bergelar suami kepada pesonaliti televisyen Alhijrah, Hana Ismail di sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur, jam 11.40 pagi tadi.

Difahamkan, kedua-dua pasangan selebriti itu diijabkabulkan oleh bapa pegantin perempuan, Ismail Dahwan dengan mas kahwinnya seutas gelang emas dengan sekali lafaz.

Sebelum ini, khabar mengenai pertunangan mereka telah dikongsikan pelakon, Datin Umie Aida di Instagramnya dan dihujani dengan ucapan tahniah serta doa supaya urusan mereka dipermudahkan.

Namun begitu, jelas Syed, majlis merisik dan pertunangan tersebut sebenarnya dilakukan pada 23 Oktober tempoh hari namun baru sekarang mereka bersedia untuk memaklumkan kepada umum memandangkan majlis pernikahan bakal berlangsung tidak lama lagi.

Terdahulu, khabar angin berkenaan hubungannya dengan Hana seakan dihidu apabila ada pertemuan dua buah keluarga sebelum ini. Pun begitu, dia hanya mengatakan ia sekadar pertemuan keluarga bagi mengenali Hana dengan lebih rapat.

Sumber: YouTube @Dai Syed

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Syamsul Kecew4 Tak Dapat Jumpa Puteri Sarah, Mahu Bincang Giliran Bermalam

Pengarah sens4si, Syamsul Yusof meluahkan rasa kecew4 apabila tidak dapat bertemu dengan isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *