Pelakon, Eyra Hazali akui kurang selesa dengan sikap segelintir pihak yang gemar bersangka bvruk dan men4kut-n4kutkan pasangan yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga.
Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, memberi gambaran seolah-oleh perkahwinan itu sebagai satu perkara yang men4kutkan sememangnya agak keterlaluan.
“Kahwin dulu. Sebelum dan selepas kahwin lain, jgn puji melambung”. Rasanya tak perlu dah kan comment macam ni? Kenapa nak influence orang yang marriage ni scary? Its not their fault that your marriage didnt work. Doa je la baik2 ? Manusia pun lain2,bukan semua macam laki hang.??♀️
— EH (@EyraHazali21) December 1, 2022
“‘Kahwin dulu. Sebelum dan selepas kahwin lain, jangan puji melambung’. Rasanya tak perlu dah kan comment macam ni?,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nazli itu menerusi satu ciapan di Twitter.
Jelas Eyra lagi, kita juga tidak boleh menganggap setiap manusia itu mempunyai sifat yang sama lebih-lebih
dalam soal berumah tangga.
“Kenapa nak influence orang yang marriage ni sc4ry? Its not their fault that your marriage didnt work.
“Doa je la baik-baik ? Manusia pun lain-lain. Bukan semua macam laki hang,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar sifat seperti ini dapat dihentikan di dalam kalangan masyarakat kita.
“Yes. Sama la macam fasa bertunang. Semua orang cakap benda yang bvruk bvruk je. Masa tunang ni ex datang la, partner cur4ng la. Janganlah tanam mentaliti macam tu dekat orang orang muda macam I. Jangan t4kutkan orang.
“Setuju. Hang yang dapat laki entah apa-apa nak pvkul rata semua perkahwinan sama. Wujud je pasangan yang sangat bertanggungjawab dan baik dari awal kahwin sampai berpuluh tahun usia perkahwinan.
“Setuju. Doa yang baik-baik atas tiap-tiap perkara yang baik-baik. Jangan bagi moral down sama orang lain.
“Hakikatnya ramai bahagia kahwin tapi benda happy-happy mana nak viralkan,” antara komen-komen netizen di Twitter.
Sekadar informasi, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019
Hhasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Hayder Qalish dan Muhammad Endra Haqimie.
Sumber : Media hiburan