Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan semalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah paling mengec3wakan dalam sejarah negara.
Menurut laporan UtusanTV, keputusan yang dilakukan oleh Anwar adalah tidak wajar sama sekali apabila melantik Datuk Seri Ahmad Zahid hamidi sebagai timbalan perdana menteri (TPM) I memandangkan dia mempunyai pelbagai kes m4hkamah yang membimb4ngkan.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengg4dai prinsip tatakelola yang baik seperti yang dijaja semasa kempen pilihan raya apabila melantik kleptokrat menganggotai kabinet.
“Ini adalah barisan kabinet paling mengec3wakan dalam sejarah negara apabila seorang yang telah dipanggil membela diri terhadap 47 pertuduhan jen4yah r4suah, pec4h am4nah dan pengubahan wang h4ram di m4hkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
‘Kabinet kleptokrat yang tertubuh atas pen1puan terhadap mandat rakyat ini tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, Muhyiddin yang juga merupakan bekas perdana menteri Malaysia ke-9 turut mempersoalkan Anwar yang turut memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.
Tegasnya, perkara tersebut akan mengundang kepada pemusatan kuasa dan penyelew3ngan berskala besar seperti yang berlaku dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini.
Malah, keyakinan rakyat dan pelabur akan menjadi bvruk apabila melihat kepada strategi Anwar dalam Kabinet Perpaduan Nasional di bawah pentadbirannya.
“Bagaimana rakyat dan pelabur boleh percaya terhadap kepimpinan Anwar apabila beliau berb0hong kepada seluruh dunia mengenai agenda anti r4suah, reformasi institusi dan pembelaan nasib rakyat jelata.
“Prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti nyata dikompromi. Selain itu, Ahli Parlimen yang dikenali dengan sikap cauvinis melampau dilantik menerajui kementerian tertentu yang bakal mengundang kontroversi.
“Boleh dijangkakan dasar bersifat perkauman yang ekstrem akan diperkenalkan,” katanya lagi.
Sumber: UtusanTV (Muhamad Izzat Nasuruden)
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.