Zahid Hamidi jadi TPM, netizen minta Altimet buat lagu baru -“Tak sabar ni..”

Hari ini, ramai dikejutkan dengan pengumuman dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai senarai kabinetKerajaan Perpaduan apabila Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) I.

Pengumuman itu dibuat pada jam 8.15 malam tadi menerusi sebuah kenyataan akhbar di Putrajaya.

Walaupun ia sudah rasmi dan rakyat harus akur dengan pengumuman tersebut, namun masing-masing meluahkan ketidakpuasan hati apabila Zahid Hamidi dilantik sebagai TPM.

Ketidakpuasan hati itu berpvnca daripada rasa tidak ‘sel4mat’ memandangkan Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) terlibat dalam perbicaraan kes ra4uah, pec4h am4nah dan pengub4han wa4g har4m.

Selain itu, keputusan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim juga dikatakan melanggar prinsip hidupnya tidak mahu melayan sebarang tawaran kerjasama dengan parti berkenaan.

Aduh Malaysia Altimet dipersoal

Selain ramai mempersoalkan pvnca Anwar melantik Zahid Hamidi sebagai orang kanan dalam menggemudi kerajaan, mereka juga kembali ‘menyer4ng’ ruangan komen penyanyi rap, Altimet di laman Instagram.

Rata-rata warganet meluahkan kekes4lan dan meninggalkan sind1ran halus kepada Altimet berikutan lagu berjudul Aduh Malaysia seakan memakan diri.

Mana tidaknya, antara lirik lagu berkenaan adalah “Hoi hoi ya hoi, siapa sokong peny4mun? Hoi bangun yang lama mengelamun. Duit kau aku, semua dia sapu”.

Difahamkan, lagu dinyanyikan oleh Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad diambil daripada inspirasi pergerakan yang dilancarkan oleh Rafizi iaitu ‘Ayuh Malaysia’.

Tak nak buat lagu baru ke? Atau tukar lirik

Malah, mereka juga mengharapkan Altimet mengeluarkan lagu baharu yang mungkin boleh ‘seimbang’ semula dengan lirik sebelum ini yang dilihat sudah memakan diri.

Tak kisahlah suka atau tidak, diharapkan menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan dapat menjalankan tugas dan amanah dengan penuh tanggungjawab.

Sumber: Instagram @altimet

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Pengarah Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi buat menantunya, Puteri Sarah dalam kes …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *