Sudah boleh bercakap, Nad Zainal kini tak bergantung alat bantuan pernafasan

Baru-baru ini, pelakon Ungku Ismail mendedahkan aktres Nad Zainal kini menunjukkan perkembangan yang positif dari saban hari dimana rakannya itu sudah tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ungku di laman Instagramnya semalam dengan mendedahkan doktor sudah melakukan prosedur yang lain untuk memastikan Nad menerima oksigen yang mencukupi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ungku Ismail Aziz (@ungkuismailaziz)

Bukan itu sahaja, Nad juga sudah mula bercakap namun suaranya sangat perlahan dan keadaannya kesihatannya kadang-kala demam serta badannya pan4s.

“Sudah banyak perubahan dan proses pemul1han sangat baik. Dia tidak lagi menggunakan tiub pernafasan. Doktor akan lancarkan prosedur lain untuk pastikan oksigen cukup. Sekarang ini untuk pastikan dia boleh bernafas menggunakan paru-paru seperti keadaan normal.
“Nad juga sudah boleh bercakap, tetapi suaranya sangat perlahan. Dia sudah boleh memegang telefon tetapi tak boleh menaip kerana masih lemah. Keadaannya demam sedikit dan kadang-kala badannya panas,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Dalam pada itu, Ungu turut menegaskan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak masuk akal mengenai keadaan Nad pada ketika ini sehingga menimbulkan salah faham terhadap dirinya.

“Sudah-sudahlah buat spekulasi tentang apa yang menyebabkan peny4kit dia. Long c0vi1, masalah buah pinggang… semua itu tidak keluar dari mulut doktor. Sepanjang saya bersama doktor tidak ada pun dimaklumkan pvnca s4kit ini disebabkan apa yang dia makan.
“Akan timbul juga spekulasi yang boleh menjatuhkan perniagaan orang. Kita tak mahu perkara ini melarat dan beri anc4man,” katanya lagi.

Sementara itu, Ungku turut berharap agar orang ramai dapat memberi sumbangan bagi membantu meringankan kos perubatan Nad dan meminta mendoakan pelakon yang berusia 32 tahun kembali pulih seperti sedia kala.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ungku Ismail Aziz (@ungkuismailaziz)

Terdahulu, Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan j4ngkitan kum4n pada paru-paru.

Sumber: Instagram @ungkuismailaziz

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kecantikan Marissa Dania dipvji net1zen, “Cantik macam mama Abby”

Anak perempuan kedua kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang diberi nama Marissa Dania menar1k …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *