Pelawak dan usahawan popular, Shuib berharap orang ramai tidak mempertikaikan keputusannya yang mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita dikenali sebagai Watie.
Menurut laporan BH Online, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, dia menyifatkan perkara tersebut tidak salah kerana lebih mengetahui baik bvruk dalam setiap tindakan dilakukan.
View this post on Instagram
“Insya-Allah, saya tahu mana baik dan bvruk. Saya juga tahu mana okay atau sebaliknya.
“Namun, saya tidak boleh menolak persepsi orang. Cuma, tidak adil untuk orang luar membuat andaian bukan-bukan, sedangkan tidak mengenali Watie.
“Yang kenal dan dikatakan bercinta dengan Watie adalah saya. Jadi, takkan saya mahu meros4kkan kehidupan.
“Sudah tentu saya akan menjaga kehidupan saya dan anak-anak sebagaimana ketika bersama Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin,” katanya yang juga penyampai radio Suria FM.
View this post on Instagram
Shuib berkata, dia memahami ramai yang prihatin terhadap dirinya dan anak-anak tetapi berharap tidak berlebihan kerana perlu menjaga hati ramai pihak.
Malah bapa empat cahaya mata itu menjelaskan, keinginan untuk mengenali Watie bukan perkara utama sebaliknya mementingkan ibu serta anak-anak.
View this post on Instagram
“Saya fikirkan anak-anak dahulu. Saya mementingkan kesihatan ment4l mereka. Perjalanan ditempuhi anak-anak sekarang bukanlah mudah, mereka juga perlukan sentuhan seorang ibu.
“Kalau anak-anak gembira, manakala ibu dan keluarga mentua bersetuju, saya akan okay sahaja. Ini kerana saya hanya memikirkan mereka,” luahnya.
Sumber: Instagram Shuib
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.