“Kunci Untuk Masuk Syurga Adalah Suami” – Neelofa

Baru-baru ini, menerusi satu temu bual bersama Ria X In Person, selebriti popular Neelofa dimana  selepas mendirikan rumah tangga, dia lebih mengutamakan suami berbanding kerjaya dan perniagaannya.

Dalam temu bual itu, Neelofa menjawab pertanyaan tetap patuh dengan suami meskipun sudah memiliki segalanya. Neelofa berkata kunci untuk masuk syurga adalah suami, baginya selepas bergelar isteri keutamaan seorang wanita itu adalah suaminya.

“Semua orang kena faham konsep ini, saya pun banyak belajar benda baru. Momen selepas akad dan jadi isteri, keutamaan dan keredaan awak adalah suami. Kunci masuk syurga adalah suami.

“Jadi kalau kata nak pentingkan kemasyuran atau kerjaya lebih pada suami maksudnya baik tak payah jadi isteri. Sebab akan tarik awak ke ner4ka lebih pada yang lain-lain.

“Saya kena tahu apa keutamaan saya. Kalau tidak dapat keredaan suami, sia-sia sahaja kaya ke popular ke bahagia dekat dunia. Kita tidak akan bau syurga pun.

“Jadi saya fikir setiap hari kerja sana sini, tetapi suami tak reda, gembira dan bahagia, no point juga. Perkara pertama adalah taat, bahagiakan suami, turuti perintah dia. Selesaikan hak suami dulu baru saya fokus dengan hal-hal lain,” katanya.

Dalam temu bual itu, Neelofa mengakui pada awalnya suaminya, pendakwah bebas Haris Ismail susah nak biasakan diri dalam dunianya.

“Saya boleh nampak bukan senang untuk Haris menyesuaikan diri dengan dunia saya. Masa awal perkahwinan pun dah jadi perhatian sekali dengan honeymoon. Back to back jadi. Itu dah jadi satu proses untuk dia menyesuaikan diri,” katanya.

Sumber : Youtube

About admin

Check Also

“Saya Sayangkan Dia Sebagai Bapa Kepada Anak-Anak Saya” – Shuhada

Isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada hanya berserah kepada ketentuan Tuhan mengenai hal rumah tangganya. Memetik Media Hiburan, Shuhada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *