Senyuman bangga seorang ibu… Nora Ariffin terima diploma bagi pihak arw4h anak

HARI yang sepatutnya menjadi kegembiraan dan kebanggan buat seorang ibu bertukar h1ba apabila penyanyi Datuk Nora Ariffin mewakili Allahy4rham anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan bagi menerima skrol diploma miliknya di Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 yang berlangsung pada petang Selasa.

Alif berjaya menamatkan pelajaran dalam jurusan Diploma Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.

Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 49, memberitahu meskipun berasa sed1h arw4h tidak bersamanya namun kejayaan Alif adalah pemangkin semangat buat dua orang adiknya untuk terus berjaya dalam pelajaran.

Nora berharap kejayaan Alif menjadi pemangkin semangat buat adik-adiknya yang lain

“Ini adalah semangat untuk adik-adiknya yang lain. Tengok abang tak sempat nak berjaya, adik-adiklah ambil semangat tersebut untuk teruskan legasi saya dan Allahy4rham Johan,” katanya.

Nora berkongsi mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Universiti Teknologi Mara – Media Rasmi.

Dalam pada itu, Nora memberitahu, ketika hayatnya, Allahy4rham banyak membantunya mengambil alih dalam bahagian kreatif termasuklah membantu menghasilkan video untuknya.

Kata penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini, Alif juga antara individu yang banyak menaikkan semangatnya selepas pemergian Allahy4rham suami, Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.

“Setiap hari Alif pasti akan menghantar WhatsApp bertanya sama ada saya okay atau tidak. Memang pemergiannya satu kehilangan besar buat keluarga kami,” ujarnya.

Bagaimanapun Nora memberitahu dia reda dengan pemergian anak keduanya itu dan menganggap Allah lebih menyayanginya.

“Selepas kematian Johan, kami reda dengan pemergian Alif kerana macam mana kami sayang padanya, Allah lebih menyayanginya,” jelasnya.

Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah ketika berada di rumah.

Jen4zah Allahy4rham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan pusara bapanya.

Sumber : Mstar

About admin

Check Also

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Pengarah Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi buat menantunya, Puteri Sarah dalam kes …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *