Umum sedia tahu bahawa tahap kesihatan pelakon terkenal, Nad Zainal kini kurang baik dan sedang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Disebabkan itu, rakan artis seperti Fasha Sandha terus berikhtiar agar Nad Zainal segera sembvh dengan memberi sedekah dan menganjurkan solat hajat untuk pelakon terbabit di masjid bersama kenalan yang lain.
Adakan solat hajat dan sedekah
Menerusi Instagram pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin, dia telah berkongsi beberapa gambar sewaktu bersama-sama Fasha Sandha memberi sedekah di masjid serta solat hajat untuk mendoakan Nad Zainal.
View this post on Instagram
Untuk kesembuhan Nad Zainal, Insha Allah
Menerusi kapsyen yang disertakan, Shahrulezad telah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Fasha Sandha kerana mengadakan solat hajat dan doa selamat buat sahabatnya yang sedang diuj1.
“Terima kasih Fasha Sandha yang bersungguh-sungguh bersama keluarga Radius One mengadakan solat hajat dan doa selamat untuk rakan kami Nad Zainal. Semoga Allah perkenankan doa kita semua supaya Nanad kembali sembuh seperti biasa. Aminnn Insyallah,” tulisnya.
Beberapa artis lain yang turut terlibat semasa menjayakan drama Dendam Seorang Isteri juga kelihatan di masjid bagi sama-sama mendoakan supaya Nad Zainal segera sembvh daripada peny4kit yang dihidapi.
Selain itu, beberapa rakan artis termasuklah Michael Ang ada membuka tabung kecemasan untuk pelakon tersebut bagi membantu keluarga membiayai kos r4watannya di h0spital pakar.
View this post on Instagram
Untuk perkembangan terkini, pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal itu dimaklumkan sudah semakin positif apabila sesekali membuka mata walaupun masih lem4h.
Nad Zainal telah dikhabarkan mengalami j4ngkitan kum4n pada paru-paru sehingga berlaku pend4rahan di organnya. Dia kini masih berada di ICU dan dalam pantauan pihak doktor.
Sumber: Instagram @budakijat
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.