Tahniah! Dengan sekali lafaz, Syifa Melvin sah bergelar isteri Safawi Rasid

Teka teki akhirnya terjawab, selebriti Syifa Melvin, 28, sah bergelar isteri kepada pemain pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim,  Safawi Rasid, 25, di sebuah majlis akad nikah yang berlangsung sebentar tadi.

Difahamkan majlis pernikahan yang bertemakan bertemakan pakaian serba putih dan menutup aurat yang dilakukan di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya secara tertutup dan turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pasangan, saudara mara, rakan serta tetamu yang lain.

Kedua-dua mempelai diijabkabulkan oleh jurunikah Ustaz Khairul Nizam dengan mas kahwin sebentuk cincin.

Terdahulu, tular sebuah video menerusi aplikasi TikTok sehingga timbul satu dakwaan pemain bola sepak berusia 25 tahun itu bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya.

Dalam video berkenaan, dilihat Safawi yang juga pemain sayap kelab JDT berada di atas padang sambil ditonton oleh penyokong. Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah ramai bersorak dengan lagu pengantin kepada Safawi.

Sumber: Youtube @The Melvins

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *