Beza usia 32 tahun, netizen kagum lihat pasangan ini hidup bahagia bersama

Berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia pada masa kini bukanlah satu perkara yang aneh. Malah, ramai wanita yang beranggapan lelaki yang lebih tua bersifat lebih m4tang dan bijak dalam mengendalikan masalah rumah tangga dalam situasi yang berbeza.

Beza usia 32 tahun

Begitu juga yang dialami oleh seorang wanita ini, menerusi perkongsiannya di laman TikTok, dia menceritakan kisah percintaannya yang memilih suaminya sebagai peneman hidup meskipun mempunyai beza usia 32 tahun.

@nashkay999

♬ Ragu – justme

Difahamkan, wanita terbabit berusia 29 tahun manakala suaminya, 61 tahun dan telah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun bersama.

Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan syukur sepanjang mendirikan rumah tangga bersama suaminya itu, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu seorang lelaki dan perempuan.

Wah! Jauhnya jarak usia

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka apabila wanita itu menerima seadanya suaminya itu meskipun mempunyai jarak usia yang jauh.

Bahkan, ada juga segelintir wanita di ruangan komen yang mendedahkan mereka juga berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia daripada mereka.

Semoga bahagia ke anak cucu!

Malah, netizen turut mendoakan agar pasangan merpati dua sejoli itu kekal bahagia hingga ke syurga dan segala urusan dipermudahkan kelak.

Sumber: TikTok @nashkay99

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Suami Cik Pia jelaskan dah selesai Isu Mykid anak, – “Ini semua marketing”

Sejak kebelakangan ini, tular mengenai kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh influencer, Nor Sufia Johari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *